Oleh yang demikian, perlulah kita mengubah niat sebenar dalam erti kata persahabatan yang sebenar. Sahabat yang sejati adalah insan yang menangis dan ketawa bersama kita. Dialah insan yang tahu hati budi dan perasaan kita dalam menempuh hidup yang serba mencabar. Sesungguhnya untuk mencari kawan memanglah mudah tetapi untuk mencari sahabat sememangnya sukar untuk ditemui kerana ia hanyalah satu dalam sejuta.
Justeru, janganlah kita sesekali menyakiti sesiapa kerana kelak kita akan disakiti pula. Untuk menjadi sahabat yang sejati perlulah kita membersihkan diri kita dengan sifat jujur, ikhlas, sabar, dan penyanyang.
No comments:
Post a Comment